FieQa is me!!~

My photo
~ friendly but a bit shy2 cat ~ animal lovers!! ~ if u follow me, i'll definitely follow you back! ~

Thursday, January 29, 2009

Berkayuh di Tasik Ayer Keroh


Masa ni saya tengah tension dengan pelbagai perkara yang menimpa serentak. Dengan tugas sebagai ketua koku bagi kelab taekwondo, dengan assignment yang datang bertubi-tubi.. Quiz yang bakal menjelma.. laptop saya pula buat masalah apabila skrin die tiba-tiba je 'lip-lap'.. dan malangnya, dalam waktu yang sama juga, kad pelajar saya hilang dalam perjalanan di atas motor hendak ke kelas di kampus industri, Ayer Keroh. Petang jumaat tu juga, saya bergegas ke kampus induk, Durian Tunggal untuk membuat semula kad pelajar baru. Tak pasal-pasal RM 10 terbang...
Ketika hendak ke Durian Tunggal, seorang sahabat saya Nor Azrin menjadi peneman saya ke sana. Dalam perjalanan pulang, dialah orang yang mencadangkan supaya singgah di Taman Tasik Ayer Keroh ni. Nak 'release tension' katanya. Hehe...Jalan puya jalan, kami pun ternampak bot-bot di tepi tasik. Akhirnya kami berdua pun bersetuju untuk menyewa sebuah 'paddling boat' selama sejam untuk berkayuh di sekeliling tasik. Pada mulanya kami rasa sejam tu sangat lama. Tapi sekejap je sebenarnya. Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, tidak terasa langsung kepenatan berkayuh selama sejam.

Yang bestnya, kat tasik tu ada Angsa yang dibela. Comel-comel angsanya. Macam kami berdua. Haha..Sebenarnya tasik tu tak lah besar sangat.. kami pusing-pusing 2 ke 3 kali juga la untuk menghabiskan masa sejam tu. Lupa pula nak cakap. Harga sewa 'Paddling boat' tu RM5 satu kepala selama sejam. Selain itu kayak dan basikal juga disediakan. Pengunjung boleh berbasikal di sekitar taman tasik. Tak susah pun hendak menuju ke Taman Tasik Ayer Keroh ni..
Dari tol Ayer Keroh, Simpang pertama selepas Zoo Melaka. Jalan terus, sampailah ke destinasi yang hendak di tuju...Kepada sesiapa yang hendakkan ketenangan, bolehlah bersantai disini sekiranya minda anda sedang berkecamuk. Lepas tu, saya dan Azrin pun jalan-jalan sekejap di sekitar Taman Tasik itu dan terus pulang ke hostel kami di Bukit Beruang. Sebelum tu kami berdua serta tiga orang rakan kami Saffa, Wani dan Diana makan bersama di sebuah warung berdekatan King's Hotel..;p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...