FieQa is me!!~

My photo
~ friendly but a bit shy2 cat ~ animal lovers!! ~ if u follow me, i'll definitely follow you back! ~

Saturday, December 25, 2010

Soalan Cepu Platinum!!~

Yoo!!~ Wassap! Wassap! Adoii~ berangan jadik rappers jap.. Jadik rappers tak apa, jgn jadik rapist... Rapist?? Nauzubillahiminzalik... Jangan dicuba ya kawan2... Berdosa besar tu! Ingat Allah.. Ingat tuhan.. Huhu... Sepatutnya saya mulakan entri ni dengan ucapan salam... Assalamualaikum para pembaca sekalian~ Astaghfirullahalazim... okeh.. sudah2la tu mengarut... Back to school.. eh to main topic, Soalan Cepu Platinum~ Apakah??

Saya sebenarnya telahpun terkena tag!! (Jerit ala2 fafau dalam hot fm, Anda Kena Panggilan Hangit!!) Haha...;p Saya di tag oleh kawan a.k.a classmateku gemilang :: Hayati Hermoine Lovegood. Percayalah!! Ini nama sebenar kawan saya!! Hehehe...;p Berikut adalah soalan2 cepu platinum yang di tag kepada saya~ Saya cuba jawabla sejujur mungkin keyh... Hehe...;p

1. Apa benda yang penting dalam hidup korang?
Tak ada benda dah yang paling penting di dunia yang fana ini selain daripada Agamaku.. Islam..
Yang Pertama. Iman adala benda yang terpenting yang harus dijaga rapi dan diperkukuhkan dari sehari ke sehari...
Yang kedua. Ibu Bapaku... Tanpa mereka siapalah aku...
Yang Ketiga. Diriku sendiri~ Hehehe...;p

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Apa ek, duit tol kot! Hahaha~ Last kuarkan duit masa nak bayar tol balik dr Lowyat beli desktop.. Yang lain tu ditanggung beres oleh Perbadanan PAMA~ Agagaga~

3. Dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang? dan apa temanya?
Perghh!! Soalan, tak terjangkau akalku... Hahaha..;p Tapi mak abah ade jugakla bincang2~
Tempat. Kalau boleh malas nak buat kat rumah... Pening katanya, penat nak kemas balik. Buat kat dewan kot... Kalau ada duit lebih, buat kat hotel! Pehh!! Imaginasi nak gempakkan?? Imaginasi je pun... Lantakla... Tak fikir pun lagi.. Haha..;p
Tema. Saya suka warna biru! Dapat bayang x? Haha...;p Tema tradisonal je kot, xdela nak konsep garden ke, arabic ke, jawa ke.. Hahaha...;p Yang penting AKAD NIKAH~ Yang lain tu suka2 je... kalau da menyusahkan da jatuh haram namanya~ =)

4. Adakah korang tengah bercinta sekarang?
Wahh~ Ni lagi satu soalan yang tak terjangkau hatiku... Hahaha...;p Erm... Camne nak cakap ya~ soal hati ni susahla nak explain... Yang pastinya, saya masih single! Hahaha...;p First come first serve~ Yang mana berjaya mencuri hatiku, aku akan menjadi milikmu~ Cheeewahhh!!~

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Saya kalau dah sayang, memang xde lain dah... Semestinya forever and ever~ So, please... Jangan sia2kan diri ini~ Chait!~ Ayat jiwang lagi.. Hahaha...;p

6. Dimanakan korang selalu jumpa dengan kekasih korang?
Ini apa punya soalan ni?? Ini soalan yang menjangkau kakiku... Hahaha..;p Sepak kang! Sebok je nak taw.. syooh! syooh! paparazi nih! jangan menceroboh hak asasiku taw! I need my privacy~ Cheh.. perasan artis kunun~ Hahaha...;p

7. Novel/Buku/Majalah yang terakhir beli?
Erm... komik gempaq starz! Tajuk dye~ Coklat & Pudina... by Fujita Nimi...

8. Nama penuh korang?
Bukan dah ade display kt blog ni ke? Hahaha...;p Okeylah, saya bagitau lagi sekali... Nama penuh saya NUR AFIQAH BINTI ABU SAMAH. Saya appreciate nama yang parents saya bagi... dan, saya bangga dgn nama abah saya! Hehehe...;p

9. Antara mak dengan ayah? Mana lebih rapat?
Erm.. soalan sukar nih... Dua2 saya rapat, Dua2 saya sayang~ Tapi truthfully... Ada certain time saya rapat dengan mak... certain time saya rapat dengan abah... Kalau dengan mak saya mmg sgt rapat sebab saye suke share macam2 cerita especially 'girl bussiness' mmg tak ade rahsia antara aku dan mama... Hehehe...;p Tapi saya akui, saya sangat manja dengan Abah saya!!~ Kalau jalan kat mana2 tu jangan terkejut kalau korang nampak saya peluk tangan abah saya dari mula sampai hujung jalan... Haha~

10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Yang pertama. Orang yang paling saya nak jumpa dalam hidup/mimpi adalah Nabi Muhammad S.A.W~ Mmg saya teringin sgt nak jumpa baginda...
Yang Kedua. Saya nak jumpa dengan bakal suami saya!~ Mungkin saya da jumpa dia sekarang... Mungkin juga tidak... Saya tak tahu... Jodoh pertemuan di tangan Allah S.W.T~ =)

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mestilah basuh sendiri!! Eisyhh~

12. Dimanakah tempat betul2 korang nak pegi?
Yang Pertama. Tanah Suci Mekah... Bertapa tenangnya rasa hati apabila dapat beribadat sambil menghadap kaabah. Saya masih insan biasa. Banyak melakukan kesalahan. Lalai dengan kemewahan duniawi~ Pergi ke sana untuk memohon ampun kepada-Nya setulus hati sehingga menitis air mata... =)
Yang Kedua. Kalau boleh saya nak pegi Jepun!!! Watashiwa nihonggo daisuki!~
Yang Ketiga. Saya nak pegi semua tempat kat atas muka bumi ni. Kalau boleh pegi bulan, saya pegi bulan... Hahaha...;p

13. Pilih satu, Peluk or Cium?
Ini mana boleh salah satu... Ni orang panggil package~ Peluk dan cium! Korang taw apa maksud XOXO? Maksudnya kisses and hug... X = Kisses, O = Hug. Simbolik tu... Mana ade org bagi XXX or OOO... XOXO adela.. Hehehe! Saya nak dua2~ =)

14. Bagitahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
Pertama. Tersangatlah sempoi orangnya!~ Best~ X banyak cerewet... I loike!~ Hehe...;p
Kedua. Minat photography!~ Gambar dye snap mmg sgt artistik dan cantik!~ Kagum.. ^_^ Kalau korang perlukan khidmat photographer, contactla dia.. Dia ada buat bisnes. Sila view lmn web dye Lensa.Hayati (ak promote ko ni betty)
Ketiga. Banyak cakap! Ade je idea nak cakap... Tak boleh cakap pon dia nak cakap gak! Tak akan boringlah kalau duduk dengan dia ni... Haha...;p Luv you Betty~ =)

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup.
Pertama. Jam Tangan
Kedua. Dompet dan segala isi penting dalamnya mcm IC, Lesen.. Susah woo nk dpt!
Ketiga. MBQ 7384. Motosikalku yang kacak!~
Keempat. Laptop dan Desktop PC. Walaupun tak sama, tp sekufu la tu kan? Haha...;p
Kelima. Handphone~

16. Lagu yang korang paling suka dan selalu dengar.
Buat masa ni ada satu lagu jepun yang aku suka sangat dengar. Dah lama da ak dengar lagu ni, tapi sejak akhir2 ni mcm berminat pulak. Hehe...;p

Tajuk: Konayuki. Penyanyi: Remioromen.

17. Bila tarikh lahir? dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Haa~ Da taw ni kena bagi hadiah erk! Haha...;p Besday saya tak lama je lagi... 3 hari je lagi.... Haha..;p 29 DISEMBER 1988. Tahun lepas sambut kat mana ya? Tak sambut kot... Tapi kawan2 yang rapat banyak bagi hadiah~ Terima Kasih semua dengan hadiah2 yg diberi!

18. 5 rakan blogger yang korang nak tag.

2 comments:

  1. hahaha. Hayati Hermione Lovegood di sini. kehkehkeh.

    mekasih pika pomot photoblog aku..

    cayang ko jugakkk

    ReplyDelete
  2. fuy0o!!~ orang femes komen blog ak! Hahaha~ :) No hal beb~ I know u love me~ agagagaga~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...