Malam ni, kami semua bercadang nak pergi pasar malam kat bukit beruang... tapi malangnya dah terlambat...jadi kamis emua pun mula bergerak ke arah bandar melaka untuk mencari makan malam...kami semua akhirnya bersetuju untuk makan dekat area hospital Putra bertentang dengan Renaissance...biasa-biasa je makanan kat situ...lepas perut dah kenyang, badan pun jadi bersemangat...tetiba timbul idea nak pergi berjalan-jalan...dalam perjalanan jalan-jalan cari makan tu, kami terjumpa sungai...jadinya, kami semua pun berpakat untuk mengambil angin...tiketnya RM10 sorang..mahal giler...takde student price lak tu...tak patut... tak patut...tapi kami semua masuk jugak la...nasib baik best...jadi tak kisahla mahal mana pun... yang penting boleh bersama-sama dengan kawan-kawan dan melihat sekitar bandar melaka... kat bawah ni gambar-gambar kami...seronok!!~~
Kami bersama-sama melangkah masuk melalui pintu gerbang Melaka River Cruise...
Angin malam yang sejuk sepoi-sepoi bahasa...memang release tension la malam tu...
Pemandangan Eye of Malacca pada waktu malam...ni bkn Eye of Malaysia ek...;p
Inilah kaki-kaki kami...;p saja-saja je nak ambik gambar kaki...takde kerja...hehehe...
Unik dan menarik...penjuru bangunan dihiasi dengan lampu pelbagai warna...nampak macam bangunan dalam kartun...hehehe...;p
Lastly...kami semua bergambar beramai-ramai kat depan river cruise...dan abadikannya kat dalam pinggan...hehe..berguna jugak pinggan tu klu keadaan terdesak...;p
pinggan tu kecik sgt, ko makan bertambah2 nanti
ReplyDeleteAku xder dlm 2..Waaaaaa
ReplyDelete