FieQa is me!!~

My photo
~ friendly but a bit shy2 cat ~ animal lovers!! ~ if u follow me, i'll definitely follow you back! ~

Tuesday, December 21, 2010

Tahniah Pelajar Malaysia!~

Tadi masa saya tengah syok layan facebook, tiba2 kawan a.k.a kembar saya Nurul Afiqah Ibrahim buzz kat chatbox~ Ada berita gembira dan berita sedih katanya... SURPRISE!!! Mana satu nak tau dulu?? ok, kasik berita gembira dulu lah ya~ Haha...;p

Seperti yang korang baca kat tajuk entri ni, Tahniah Pelajar Malaysia!~ Sebab apa? sebab diorang berjaya membawa pulang pingat dan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di Chiang Mai untuk 15th Asean University Games 2010~ Fokus utama saya pada sukan
Taekwondo yea~ Saya ni ni atlit Taekwondo, so kasik lebih sikit pengetahuan dalam berita terkini sukan Taekwondo ni...

Lagi sekali saya ucapkan tahniah untuk dua orang pelajar Malaysia yang menja
di wakil Malaysia dalam sukan Taekwondo ni sebab berjaya membawa pulang pingat dan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di sana~ Mereka ialah Rosliza Anita Jumar dan Yin Yee Wen... Kalau korang nak taw, kedua-dua orang pelajar ni merupakan penuntut Universiti
Malaysia Sabah (UMS). *x dinafikan player sabah mmg hebat2 belaka! kagum~ ^_^*

Ni pulak adela sikit biodata diorang yang saya cilok dari laman web 15th Asean University Games 2010 Chiang Mai. Kalau nak taw maklumat lanjut korang boleh la tgk kat situ~

Kategori Welter
Kategori Heavy

Okay~ Dah taw cerita gembira? sekarang cerita sedih pulak... Haha~ Bukanlah sedih
sebenarnya.. saja je nak kasik gempak kembar aku ni... nak bagi ada feel sikit nak dengar cerita
dia kan? Haha.. actually berita ni memberi saya semangat lebih lagi... Supaya saya pon boleh berjaya dan jadik seperti diorang ni... Saya pun bercita-cita nak mengharumkan nama Malaysia dimata dunia gak! Diorang boleh buat, apasal saya tak boleh buat kan?? Hehehe...;p
Okeh, ceritanya... Mereka berdua ni sebenarnya lawan kami berdua di arena Taekwondo... Masum tahun lepas da bertemu da dengan diorang ni... Memang diorang hebat! *kagum~ ^_^*

Ini adalah result bagi Sukan Masum 2010 untuk sukan Taekwondo Kategori Welter dan Heavy
(Wanita). MASUM tahun lepas mmg bertujuan untuk memilih pelajar2 yang berpotensi untuk
wakili Malaysia bagi Asean University Games 2010... Kedua2 mereka ni berjaya dapat pingat emas...


Untuk Kembarku Piqa~ Go Piqa Go!!~ *Memberi semangat untuk dia dan juga diri sendiri*
InsyaAllah~ Kalau kita berusaha, pasti akan berjaya suatu hari nanti... Memandangkan ni last game MASUM kte, kte kena buat yang terbaik! Hehe...;p

MASUM 2011~ Go UTeM Go!! Common UTeM Go!!~

To All my Beloved Taekwondo Team Members~ I Miss You All Damn Much!!!~ Cuti2 gak... Training Jangan Lupa~ Lagi satu, jangan lupa emel result sem lepas kat sir~ Bagi yang capai target, tahniah! yang x capai target pn, tahniah! sebab da buat yang terbaik... Sukan tu sukan jugak... Akademik juga mesti diutamakan... (Ayat Sir Michael Bong, coach atlit Taekwondo UTeM) Alahai~ Rindu pulak kat sir... Kalaulah sir tau aku minum ais semalam... confirm kena burpee 50x, Sit up 50x, Pumping 50x... T.T (sori sir, smlm saya teringin sgt nk minum ais... hari ni saya minu air panas je...x tipu!)

He is my hero!!~ Saya suka tengok game dia... Nama dia Yousef Karami, Merupakan jaguh Taekwondo bagi Negara Iran. ^_^

He wins gold medal for 16th Asean Games 2010 in Guangzhou, China~
Congratulation Karami!~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...